Sejak beberapa hari lepas, sejumlah besar orang telah terkesan dengan bencana banjir terutamanya di kawasan Klang dan Sepang. Maka, ramai mangsa yang ingin mendapatkan bantuan segera tetapi tidak tahu caranya. Kini anda boleh pelajari cara kongsikan koordinat sebenar supaya boleh mendapatkan bantuan segera.

Dengan perkongsian koordinat yang betul ia dapat memudahkan pihak berkuasa ataupun badan-badan sukarelawan melakukan operasi penyelamatan mangsa yang terkandas pada lokasi yang tepat. Terdapat tiga cara yang anda boleh gunakan sama ada menerusi Android, iOS ataupun Desktop.

Android

  1. Buka aplikasi Maps.
  2. Tekan dan tahan pada kedudukan anda sehingga menjadi titik pin merah.
  3. Kemudian, tahan lagi sampai anda melihat alamat tersebut bertukar menjadi koordinat.
  4. Klik Copy untuk diletakkan pada mesej kelak ataupun tulis pada kertas sekiranya ia tidak boleh berbuat sedemikian.
  5. Akhir sekali, klik Paste pada mesej yang ingin dihantar kepada mereka yang berkenaan.

iOS

  1. Buka aplikasi Maps.
  2. Klik pada titik biru iaitu kedudukan sebenar anda.
  3. Selepas itu, slidekan kotak yang terletak di bahagian bawah menu ke atas untuk memaparkan koordinat kedudukan sebenar anda.
  4. Lalu, klik dan tahan pada koordinat yang dipaparkan.
  5. Tekan pula Copy.
  6. Akhir sekali, anda boleh klik Paste pada mana-mana ruangan atau mesej nanti.

Desktop

  1. Anda perlu buka browser terlebih dahulu. Untuk makluman, anda boleh menggunakan sebarang jenis browser yang biasa dipakai menerusinya dan pastikan ia sudah menerima akses Location bagi mendapatkan kedudukan yang sebenar.
  2. Isikan alamat halaman maps.google.com di ruangan URL tersebut.
  3. Terdapat ruangan carian lokasi pada bahagian atas belah kiri yang kemudiannya boleh diisi dengan alamat anda.
  4. Selepas selesai diisi, lokasi tersebut akan ditanda dengan titik warna merah. Akan tetapi, sekiranya ia tidak tidak terlalu tepat, anda boleh menandakan secara manual pada kawasan berdekatan dengan zoom in pada peta tersebut.
  5. Pada titik merah yang telah ditanda, anda hanya perlu tekan right click pada tetikus dan terdapat koordinat yang telah disediakan pada bahagian atas sekali di dalam senarai tersebut.
  6. Anda hanya perlu klik pada koordinat tersebut untuk disalin dan ia boleh dikongsikan kepada umum selepas itu.
cara kongsikan koordinat sebenar
Sumber Gambar: Aplikasi Google Maps

Semoga dengan tutorial cara kongsikan koordinat sebenar ini anda boleh mendapatkan bantuan sewajarnya pada kadar segera. Anda juga boleh kongsikan artikel kepada lebih ramai orang supaya boleh digunakan pada saat-saat genting ini.

Dalam pada itu, komuniti NFT tempatan juga telah berjaya mengutip dana bantuan sebanyak RM45,000 bagi membantu mangsa banjir.

Mahu Bantu Mangsa Banjir, Komuniti NFT Tempatan Berjaya Kumpul Lebih RM45,000 Dalam Tempoh Singkat

https://www.thevocket.com/terowong-smart-aktifkan-sistem-banjir-mod-4-orang-ramai-diminta-waspada-hujan-dijangka-berterusan/

Sumber